terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

aktiviti kalistenik dalam renang

AKTIVITI KALISTENIK
Biasanya, aktiviti kalistenik dilakukan bersama-sama dengan aktiviti regangan ketika kita hendak melakukan panas badan dan aktiviti ini dilakukan secara dinamik, iaitu suatu pergerakan panas badan yang dilakukan dengan mobiliti yang aktif untuk suatu tempoh yang pendek ataupun panjang. Senaman aerobik adalah satu contoh aktiviti kalistenik yang dilakukan secara dinamik dengan pergerakan kesemua anggota badan aktif membuat mobiliti dalam sepanjang tempoh latihan itu berlangsung.

Antara aktiviti kalistenik ialah memalingkan kepala dari kanan ke kiri, mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi, memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki, memutarkan batang tubuh, membongkok dan memulas badan dan juga melakukan berbagai-bagai jenis lompatan. Segala aktiviti ini bukan sahaja akan menambahkan kelenturan anggota sendi serta melonggarkan bahagian otot bagi mencegah kecederaan, bahkan ia menjadikan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti sukan dengan lebih fleksibel dan mobiliti.

No comments: